Monday, January 14, 2019

TABA INKUIRI TABA


LANGKAH INKUIRI TABA
Taba (1962) merupakan tokoh pendidikan menyatakan guru berperanan mengembangkan kurikulum. Malahan kurikulum wajar direka oleh pengguna kurikulum. Perubahan tingkah laku dalam pembelajaran sosial juga melibatkan pelbagai agensi, selain keluarga seperti rakan sebaya, sekolah, persahabatan dan komuniti. Perkembangan kurikulum melibatkan banyak keperluan membuat keputusan bagi mencapai matlamat pendidikan seperti mata pelajaran, isi kandungan pelajaran yang perlu diajar, pemilihan pengalaman pembelajaran, objektif pengajaran, bentuk penilaian dan corak keseluruhan kurikulum. Jika kurikulum dirancang untuk pembelajaran, isi kandungan dan pengalaman belajar sewajarnya disusun supaya mencapai objektif pendidikan. Tambahan pula bukan semua individu belajar secara efektif menggunakan kaedah yang sama, jenis aktiviti dan media yang serupa. Mereka juga memerlukan susunan aktiviti berbeza mengikut tahap perkembangan sendiri. Justeru, cara berkesan untuk kumpulan pelbagai kebolehan ialah memilih kaedah belajar mengikut keperluan, kefahaman dan kebolehan kanak-kanak.

Berikut ialah lapan langkah inkuiri yang disarankan oleh Taba apabila merancang satu unit pengajaran:
1.   Langkah pertama bermula dengan mendiagnos keperluan di mana analisis dilakukan untuk mengenal pasti 
      permasalahan, keadaan dan kesulitan merancang sesuatu unit; 
2.  Langkah kedua ialah membentuk objektif khusus meliputi konsep, perkembangan sikap, sensitiviti dan 
     perasaan; pengayaan dan penekanan cara berfikir serta kemahiran; 
3.  Langkah ketiga ialah memilih isi kandungan;
4.  Langkah keempat ialah mengurus isi kandungan;
5.  Langkah kelima dan keenam, memilih dan mengurus pengalaman belajar. Dalam peringkat pertama, guru 
   
mendapatkan bukti diagnostik untuk membantu kanak-kanak membina hubungan dengan pengalamansediada, meningkatkan minat, memperoleh data deskriptif konkrit berkaitan masalah yeng dihadapi dan meningkatkan darjah penglibatan dan motivasi. Peringkat kedua ialah  perkembangan, analisis dan belajar di mana pengetahuan sedia ada digunakan untuk mengembangkan kebolehan kanak-kanak. Peringkat berikutnya mengeneralisasi, melaksanakan, membuat rumusan dan menjalankan aktiviti pembelajaran. Taba menyarankan aktiviti pembelajaran secara individu, perbincangan, kumpulan kooperatif atau  kumpulan kecil. Permulaan pengajaran, misalannya berlaku apabila guru bersedia dari segi perancangan membina objektif pendidikan, memilih dan mengurus kandungan kurikulum dan pengalaman belajar serta cara penilaian dijalankan. Tatkala guru merancang unit dan membentuk reka bentuk kurikulum, kesemua elemen digabung jalin secara berfungsi;

6.           Langkah ketujuh ialah penilaian pembelajaran; dan
7.           Langkah kelapan pula semakan urutan pembelajaran.



No comments:

Post a Comment

TABA INKUIRI TABA

LANGKAH INKUIRI TABA Taba (1962) merupakan tokoh pendidikan menyatakan guru berperanan mengembangkan kurikulum. Malahan kuriku...