Monday, January 14, 2019

TABA INKUIRI TABA


LANGKAH INKUIRI TABA
Taba (1962) merupakan tokoh pendidikan menyatakan guru berperanan mengembangkan kurikulum. Malahan kurikulum wajar direka oleh pengguna kurikulum. Perubahan tingkah laku dalam pembelajaran sosial juga melibatkan pelbagai agensi, selain keluarga seperti rakan sebaya, sekolah, persahabatan dan komuniti. Perkembangan kurikulum melibatkan banyak keperluan membuat keputusan bagi mencapai matlamat pendidikan seperti mata pelajaran, isi kandungan pelajaran yang perlu diajar, pemilihan pengalaman pembelajaran, objektif pengajaran, bentuk penilaian dan corak keseluruhan kurikulum. Jika kurikulum dirancang untuk pembelajaran, isi kandungan dan pengalaman belajar sewajarnya disusun supaya mencapai objektif pendidikan. Tambahan pula bukan semua individu belajar secara efektif menggunakan kaedah yang sama, jenis aktiviti dan media yang serupa. Mereka juga memerlukan susunan aktiviti berbeza mengikut tahap perkembangan sendiri. Justeru, cara berkesan untuk kumpulan pelbagai kebolehan ialah memilih kaedah belajar mengikut keperluan, kefahaman dan kebolehan kanak-kanak.

Berikut ialah lapan langkah inkuiri yang disarankan oleh Taba apabila merancang satu unit pengajaran:
1.   Langkah pertama bermula dengan mendiagnos keperluan di mana analisis dilakukan untuk mengenal pasti 
      permasalahan, keadaan dan kesulitan merancang sesuatu unit; 
2.  Langkah kedua ialah membentuk objektif khusus meliputi konsep, perkembangan sikap, sensitiviti dan 
     perasaan; pengayaan dan penekanan cara berfikir serta kemahiran; 
3.  Langkah ketiga ialah memilih isi kandungan;
4.  Langkah keempat ialah mengurus isi kandungan;
5.  Langkah kelima dan keenam, memilih dan mengurus pengalaman belajar. Dalam peringkat pertama, guru 
   
mendapatkan bukti diagnostik untuk membantu kanak-kanak membina hubungan dengan pengalamansediada, meningkatkan minat, memperoleh data deskriptif konkrit berkaitan masalah yeng dihadapi dan meningkatkan darjah penglibatan dan motivasi. Peringkat kedua ialah  perkembangan, analisis dan belajar di mana pengetahuan sedia ada digunakan untuk mengembangkan kebolehan kanak-kanak. Peringkat berikutnya mengeneralisasi, melaksanakan, membuat rumusan dan menjalankan aktiviti pembelajaran. Taba menyarankan aktiviti pembelajaran secara individu, perbincangan, kumpulan kooperatif atau  kumpulan kecil. Permulaan pengajaran, misalannya berlaku apabila guru bersedia dari segi perancangan membina objektif pendidikan, memilih dan mengurus kandungan kurikulum dan pengalaman belajar serta cara penilaian dijalankan. Tatkala guru merancang unit dan membentuk reka bentuk kurikulum, kesemua elemen digabung jalin secara berfungsi;

6.           Langkah ketujuh ialah penilaian pembelajaran; dan
7.           Langkah kelapan pula semakan urutan pembelajaran.



Sunday, January 13, 2019

DR. SOBI ALTERNATIF MUDAH DAN PANTAS BAGI PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA


DR. SOBI ALTERNATIF BAGI PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA 

Dr. Sobi adalah kaedah pembelajaran pendidikan khas hasil daripada inovasi yangdihasilkan oleh PM Dr. Noor Aini bt Ahmad, Pensyarah Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia [FPM] Universiti Pendidikan Sultan Idris [UPSI].


Program SOBI ialah singkatan kepada program sokongan dan bimbingan berlandaskan teknik skfolding. Ibu bapa boleh membimbing anak-anak sehingga kanak-kanak bersedia belajar sendiri. Buku berilustrasi, buku cerita, pantun dan lagu serta aktiviti latihan diterjemahkan dalam tahap literasi dan perkembangan. Gandingan kemahiran berbahasa, pendidikan sains, pendidikan agama, pendidikan agam,pendidikan moral serta pendidikan seni ini sesuai digunakan dalam semua program prasekolah, kelas pemulihan khas (program disleksia) dan program pendidikan khas bermasalah pelajaran (PKBP) di sekolah-sekolah seluruh negara.

Program Dr. Sobi ini telah diperkenalkan pada tahun 2006. 

Azam kami adalah untuk berkongsi hasil penyelidikan ini dengan seramai mungkin hasil daripada penyelidikan untuk untuk tatapan semua.

PM Dr Noor Aini bt Ahmad komited berkongi hasil penyelidikan dengan lebih ramai Ibu Bapa, Guru dan individu yang berminat

TABA INKUIRI TABA

LANGKAH INKUIRI TABA Taba (1962) merupakan tokoh pendidikan menyatakan guru berperanan mengembangkan kurikulum. Malahan kuriku...